Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 19 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah mengadakan satu aktiviti sempena Hari Kebangsan iaitu “Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia”. Seramai 5 orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang.

Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Disamping aktiviti mewarna, para pelajar didedahkan dengan kepentingan mengingati sejarah tanah air yang tercinta. Mereka sewajarnya mengetahui kesusahan pejuang tanah air dalam memerdekakan negara. Setelah sesi mewarna selesai para pelajar diberikan sedikit cenderahati untuk kenangan.

Pihak PEDi Spaoh berharap para pelajar yang menyertai aktiviti sempena bulan kebangsaan ini dapat meneruskan semangat cintakan pertiwi sehingga ke akhirnya dan mengamalkan nilai patriotisme dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali